Tuesday, March 31, 2009

memula kata dapat elaun PREKTIKAL,pahtu dah bagi no akaun, pahtu Incik Dekan mintak jgn terlalu mengharap,ITU CERITA SEM LEPAS,skrg dah LAIN ok !!!!!!

halu tawan tawan...

ada korang beli Berita Kampus ini hari? aku x beli, tapi ngendeng dari member...

dan adakah korang baca berita terhangat edisi kali ini??

TAKDA ??!!?!

try belek page no 3... hehehe... ELAUN kan?

ini keratan penuh - aku rajin taip semula okeh.. no hal utk korang yg tak mampu beli Berita Kampus RM0.50..

Tajuk : ELAUN INDUSTRI UNTUK PELAJAR

Pelajar yang wajib menjalani latihan industri pada tahun 2008 akan memperolehi elaun sebanyak RM25.00 sehari.

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Lim Koon Ong, pihak universiti telah menerima peruntukan ini daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kementerian memberi RM25.00 sehari untuk 30 hari dalam sebulan. Ini bermakna, pelajar akan mendapat RM750.00 sebulan.

"Sekiranya pihak organisasi tempat pelajar menjalani latihan industri telah memberi elaun kepada mereka, pihak universiti hanya akan menambah jumlah itu menjadi RM750.00," katanya.

Walau bagaimanapun, jika pihak organisasi memberi RM750.00 ke atas, pihak universiti TIDAK akan memberi elaun kepada pelajar tersebut.

"Elaun ini hanya akan diberikan kepada pelajar yang wajib menjalai latihan industri sahaja dan telah menjalani latihan amali di luar kampus USM," tambahnya lagi.

Terdapat 16 pusat pengajian yang mewajibkan latihan industri kepada pelajar iaitu Pusat Pengajian Kominikasi, Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial), Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Pengurusan dan 8 lagi Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

"Elaun ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelajar seperti yang telah dimaklumkan oleh Pusat Pengajian .

"Pembahagian elaun kepada pelajar masih dalam proses dan kami akan berusaha untuk mempercepatkannya," ujarnya lagi.

Pemberian elaun ini hanya untuk pelajar yang menjalani latihan industri pada tahun 2008 dan bagi pelajar yang menjalani latiahn industri pada tahun seterusnya masih belum diputuskan oleh pihak kementerian.

...............................................................................................


kita sama2 doa kira betul la berita nih okeh..

apoi

No comments:

Post a Comment