Tuesday, March 31, 2009

memula kata dapat elaun PREKTIKAL,pahtu dah bagi no akaun, pahtu Incik Dekan mintak jgn terlalu mengharap,ITU CERITA SEM LEPAS,skrg dah LAIN ok !!!!!!

halu tawan tawan...

ada korang beli Berita Kampus ini hari? aku x beli, tapi ngendeng dari member...

dan adakah korang baca berita terhangat edisi kali ini??

TAKDA ??!!?!

try belek page no 3... hehehe... ELAUN kan?

ini keratan penuh - aku rajin taip semula okeh.. no hal utk korang yg tak mampu beli Berita Kampus RM0.50..

Tajuk : ELAUN INDUSTRI UNTUK PELAJAR

Pelajar yang wajib menjalani latihan industri pada tahun 2008 akan memperolehi elaun sebanyak RM25.00 sehari.

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Lim Koon Ong, pihak universiti telah menerima peruntukan ini daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kementerian memberi RM25.00 sehari untuk 30 hari dalam sebulan. Ini bermakna, pelajar akan mendapat RM750.00 sebulan.

"Sekiranya pihak organisasi tempat pelajar menjalani latihan industri telah memberi elaun kepada mereka, pihak universiti hanya akan menambah jumlah itu menjadi RM750.00," katanya.

Walau bagaimanapun, jika pihak organisasi memberi RM750.00 ke atas, pihak universiti TIDAK akan memberi elaun kepada pelajar tersebut.

"Elaun ini hanya akan diberikan kepada pelajar yang wajib menjalai latihan industri sahaja dan telah menjalani latihan amali di luar kampus USM," tambahnya lagi.

Terdapat 16 pusat pengajian yang mewajibkan latihan industri kepada pelajar iaitu Pusat Pengajian Kominikasi, Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial), Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Pengurusan dan 8 lagi Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

"Elaun ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelajar seperti yang telah dimaklumkan oleh Pusat Pengajian .

"Pembahagian elaun kepada pelajar masih dalam proses dan kami akan berusaha untuk mempercepatkannya," ujarnya lagi.

Pemberian elaun ini hanya untuk pelajar yang menjalani latihan industri pada tahun 2008 dan bagi pelajar yang menjalani latiahn industri pada tahun seterusnya masih belum diputuskan oleh pihak kementerian.

...............................................................................................


kita sama2 doa kira betul la berita nih okeh..

apoi

Saturday, March 28, 2009

assignment untuk KAMU

hi tawan tawan...

ok, sekarang u'll ada assignment tambahan dari Encik Arman.

ada 2 (dua) site yg perlu dikaji :

1. Hutan Rimba, Teluk Bahang

2. Pulau Jerejak


Task :
1. How to access
2. How to improvve to overall site
3. Apa yang OK dan apa yang TAK OK..
4. Settlement
5. Facilities
6.ask En Arman for further information though

Submittion date : 3rd March 2008
Note : Each group will presenting their report
Marks will be given by the lecturer : 15 marks (mayb la, not sure meh)


P/S : Tugas ini akan dilakukan oleh members of Management Studio yang tidak join our trip to TAMAN NEGARA last week. Ini adalah senarai nama mereka yang tidak ke TAMAN NEGARA :



1.Amy binti Rodzi
2.Annur Huda binti Ubaidillah
3.Chin Seik Fong
4.Eida Khairoon binti Mohd Sahandri Gani
5.Lee Ching Ping
6.Loh Cheng Lit
7.Loong Swee Siong
8.Mior Mohammad Zaim bin Zainal Abidin
9.Mohamad Izwan bin Tutur
10.Mohd Haffiz bin Abdul Hamid
11.Munirah binti Idrus
12.Noor Azita binti Johari
13.Noor Hasyikin binti Mohammad
14.Nurhidayah binti Mohd Radzi
15.Nurul ‘Ulyani binti Mohd Najib
16.Nurziati binti Mohd Yussof
17.Pung Leong Thiam
18.Rahmat Saumi Kurniawan
19.Shahrill Affiz bin Samsul Ali
20.Tan Choon Yee
21.Tan Kai Pyn
22.Tan Pei Yin


Apa yang perlu di lakukan : Bahagikan members 22 orang di atas ini kepada 2(dua) groups, dan setiap group pilih 1 task, iaitu :

1. Hutan Rimba, Teluk Bahang
2. Pulau Jerejak

For further info, kindly refer to En Arman. Tq

apoi

Thursday, March 26, 2009

mari membaca

1. Esok studio jam 10 pagi


2. Site valuation pada hari ISNIN


4. presentation taman negara mungkin pada study week.. mungkin ler...

3. jadi tlg hebahkan pada tawan tawan yang lain..

tenkiu


apoi

Tuesday, March 24, 2009

Tips ke-2 Kelas Finance + Construction Management

hi tawan tawan...

ok, seperti biasa, aku tipu korang lg - sebab mana ada tips...

sebab, aku nak bgtau yg hari ni


KELAS FINANCE DIBATALKAN - sebab CONVO kot

sekali lg, KELAS TAKDE yek
sekian, harap bgtau tawan tawan yg lain...

apoi

Tuesday, March 17, 2009

tips utk PAPER FINANCE & CONSTRUCTION MANAGEMENT

hi tawan tawan..
lama x nampak koghang..heh

tipu kamu semua, mana ada TIPS...

tepuk tepuk - sebab nak bgtau.........


ESOK TAKDE KELAS FINANCE


yay.. .. ....
buat ombak - great wave of exhilaration unknown in my head

apoi