Friday, April 17, 2009

maxe

halo tawan2...

masih dalam mood exam - malas dan malas serta malas nak belajo....

pd member2 yg amek exam, gud lak..

seronoknya aku dgr ada yg dah habis exam dan ada yg dah balik umah hari nih..

aku maseh ada 2 paper lg.. dem! period.

pd kawan2 yg amek exam Munsyi dan Medsi hari ini, selamat menjawab gler babeng..

apoi

Thursday, April 16, 2009

orang mintak pd aku TIPS LAW - adakah dorang ingat aku ada itu TIPS?

haluu tawan tawan..

str8 to da point, i takdok lg TIPS LAW...

aku x tipu dowh, mmng xdak la...

try la mintak pd En. Zul sendirik.. jd rajin2 la pi resource centre/center..

esok ada nasik lemak kot - sedap nyer..

p/s: sapa2 nak carik aku, aku di tepi laut batu feringghi.. jap lg gerak..

p/s 2: pd kwn2 aku, jgn risau, ada TIPS, aku bg pd korang semua, dan tlg hebah2 kan la.. aku x kedekut bab nih, a[a yg ada kita kongsi daa.. pd yg sms mintak TIPS, aku takda kredit nak reply, even duit elaun berjuta, tp aku x top up lg.. ( TIPS ke TIP? ada 'S' tuh kira plural la kan? - gi mampos!)

apoi

Monday, April 13, 2009

tips

TIPS bedebah !! ----------->>

Wednesday, April 8, 2009

berita paling MASYUK minggu nih selain aku tinggal lg sebulan sebelum berambus ke Glasgow - ELAUN DAH MASUK, SILA CHECK BANK ISLAM ANDA !!!!

hi tawan tawan......


ELAUN PREKTIKAL DAH MASUK

tepuk tepuk..

yey

nota dari saya :

1. school kita antara yg awal masuk elaun, tp tak semua dari kita yg akan dapat elaun ini sekaligus, maksudnya - akan ada peringkat by peringkat elaun setiap student masuk. jd akan ada antara kita ini yg dah dapat elaun awal dan ada juga yg belum masuk lg,, kiranya lewat sikit - mungkin sehari, seminggu, sebulan, dan setahun juga mungkin.. jd diharapkan bersabar menunggu kerna masih akan masuk juga.. tp masih juga kena bersabar banyak2 bg mereka yg dapat kurang elaun atas sebab2 boss korag rajin bg korang elaun yek... sedih kan.. jd kita bersabar ajer ler.. dapat pun dah kira baik yek..

2. ada sebahagian member2 lain yg tak dpt PTPTN, jd bg sesetengah student yg tak dpt PTPTN, anda mesti takda akaun Bank Islam, jd di sini saya ada 2 cara utk anda try :
a. try check dalam akaun yg korang bg kat drum - mungkin dorang masukkan kat sana.
b. gi la bendahari - tanya org kat sana, lg senang. heh..
c. kalo dorang tak masuk kan juga, alamatnya, geget jari ler...


nota lg :

1. ada la sorang budak nih kata yg kementerian melalui USM akan bg penuh jumlah elaun utk setiap student - APEX la nih. Jd smlm jumpa 2 org budak Indonesia nih, dia bg le tau yg member dorang ckp USM bg penuh elaun utk setiap student, jd yg majikan bg elaun time praktikal dah tak kira lg, kira korang2 nih mmng murah rezeki la kan. ini cuma rumours ya - tp aku baru dapat tahu yg ada sorang member aku budak planner dapat around RM1000 lebih ajer ?? isk.. mcm2 la...

2. ada yg kata - student yg bg no AKAUN BANK ISLAM sahaja dapat duit awal, yg bg CIMB , MAYBANK , HONG LEONG BANK , BSN ker semua belum masuk lg. tp kalo korang nak tahu, aku bg akaun MAYBANK , tp still dorang masukkan jugak dlm BANK ISLAM aku (mana dorang tau no akaun Bank Islam aku - kira ini keje Bendahari la kot, sbb dorang la yg masukkan PTPTN kan? - ntah)) !! jd korang check la jugak BANK ISLAM korang yek.


ni takda kena mengena dgn entry nih, tp saja nak taruk gak, sambil korang baca benda nih kan - sudi2 la clik nih ---->> Yun Nam = Bloody Hell !!
roomate aku yg suh aku baca - korang pun tau aku hampir jd mangsa kampeni jahanam nih..


akan ada selalu update utk benda alah nih.. jd korang sudi2 la menjeguk yek..

apoi

Wednesday, April 1, 2009

Kalaulah aku yg menang

aku nak jadi macam ini orang

nanti bwk aku jalan sama2 ya..


apoi

SEMINAR BINA NEGARA MAHASISWA USM 2009



Tarikh : 4 April 2009
Hari : Sabtu
Pakaian : Formal
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra, USM.



Pengesahan kehadiran boleh dibuat bertempat di kaunter BHEPP dan di Foyer Dewan Kuliah 'G' bermula pada 31 Mac - 3 April 2009 atau telefon hot-line BHEPP 04-6533107

apoi

Tuesday, March 31, 2009

memula kata dapat elaun PREKTIKAL,pahtu dah bagi no akaun, pahtu Incik Dekan mintak jgn terlalu mengharap,ITU CERITA SEM LEPAS,skrg dah LAIN ok !!!!!!

halu tawan tawan...

ada korang beli Berita Kampus ini hari? aku x beli, tapi ngendeng dari member...

dan adakah korang baca berita terhangat edisi kali ini??

TAKDA ??!!?!

try belek page no 3... hehehe... ELAUN kan?

ini keratan penuh - aku rajin taip semula okeh.. no hal utk korang yg tak mampu beli Berita Kampus RM0.50..

Tajuk : ELAUN INDUSTRI UNTUK PELAJAR

Pelajar yang wajib menjalani latihan industri pada tahun 2008 akan memperolehi elaun sebanyak RM25.00 sehari.

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Lim Koon Ong, pihak universiti telah menerima peruntukan ini daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kementerian memberi RM25.00 sehari untuk 30 hari dalam sebulan. Ini bermakna, pelajar akan mendapat RM750.00 sebulan.

"Sekiranya pihak organisasi tempat pelajar menjalani latihan industri telah memberi elaun kepada mereka, pihak universiti hanya akan menambah jumlah itu menjadi RM750.00," katanya.

Walau bagaimanapun, jika pihak organisasi memberi RM750.00 ke atas, pihak universiti TIDAK akan memberi elaun kepada pelajar tersebut.

"Elaun ini hanya akan diberikan kepada pelajar yang wajib menjalai latihan industri sahaja dan telah menjalani latihan amali di luar kampus USM," tambahnya lagi.

Terdapat 16 pusat pengajian yang mewajibkan latihan industri kepada pelajar iaitu Pusat Pengajian Kominikasi, Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial), Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Pengurusan dan 8 lagi Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

"Elaun ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelajar seperti yang telah dimaklumkan oleh Pusat Pengajian .

"Pembahagian elaun kepada pelajar masih dalam proses dan kami akan berusaha untuk mempercepatkannya," ujarnya lagi.

Pemberian elaun ini hanya untuk pelajar yang menjalani latihan industri pada tahun 2008 dan bagi pelajar yang menjalani latiahn industri pada tahun seterusnya masih belum diputuskan oleh pihak kementerian.

...............................................................................................


kita sama2 doa kira betul la berita nih okeh..

apoi