Friday, April 17, 2009

maxe

halo tawan2...

masih dalam mood exam - malas dan malas serta malas nak belajo....

pd member2 yg amek exam, gud lak..

seronoknya aku dgr ada yg dah habis exam dan ada yg dah balik umah hari nih..

aku maseh ada 2 paper lg.. dem! period.

pd kawan2 yg amek exam Munsyi dan Medsi hari ini, selamat menjawab gler babeng..

apoi

Thursday, April 16, 2009

orang mintak pd aku TIPS LAW - adakah dorang ingat aku ada itu TIPS?

haluu tawan tawan..

str8 to da point, i takdok lg TIPS LAW...

aku x tipu dowh, mmng xdak la...

try la mintak pd En. Zul sendirik.. jd rajin2 la pi resource centre/center..

esok ada nasik lemak kot - sedap nyer..

p/s: sapa2 nak carik aku, aku di tepi laut batu feringghi.. jap lg gerak..

p/s 2: pd kwn2 aku, jgn risau, ada TIPS, aku bg pd korang semua, dan tlg hebah2 kan la.. aku x kedekut bab nih, a[a yg ada kita kongsi daa.. pd yg sms mintak TIPS, aku takda kredit nak reply, even duit elaun berjuta, tp aku x top up lg.. ( TIPS ke TIP? ada 'S' tuh kira plural la kan? - gi mampos!)

apoi

Monday, April 13, 2009

tips

TIPS bedebah !! ----------->>

Wednesday, April 8, 2009

berita paling MASYUK minggu nih selain aku tinggal lg sebulan sebelum berambus ke Glasgow - ELAUN DAH MASUK, SILA CHECK BANK ISLAM ANDA !!!!

hi tawan tawan......


ELAUN PREKTIKAL DAH MASUK

tepuk tepuk..

yey

nota dari saya :

1. school kita antara yg awal masuk elaun, tp tak semua dari kita yg akan dapat elaun ini sekaligus, maksudnya - akan ada peringkat by peringkat elaun setiap student masuk. jd akan ada antara kita ini yg dah dapat elaun awal dan ada juga yg belum masuk lg,, kiranya lewat sikit - mungkin sehari, seminggu, sebulan, dan setahun juga mungkin.. jd diharapkan bersabar menunggu kerna masih akan masuk juga.. tp masih juga kena bersabar banyak2 bg mereka yg dapat kurang elaun atas sebab2 boss korag rajin bg korang elaun yek... sedih kan.. jd kita bersabar ajer ler.. dapat pun dah kira baik yek..

2. ada sebahagian member2 lain yg tak dpt PTPTN, jd bg sesetengah student yg tak dpt PTPTN, anda mesti takda akaun Bank Islam, jd di sini saya ada 2 cara utk anda try :
a. try check dalam akaun yg korang bg kat drum - mungkin dorang masukkan kat sana.
b. gi la bendahari - tanya org kat sana, lg senang. heh..
c. kalo dorang tak masuk kan juga, alamatnya, geget jari ler...


nota lg :

1. ada la sorang budak nih kata yg kementerian melalui USM akan bg penuh jumlah elaun utk setiap student - APEX la nih. Jd smlm jumpa 2 org budak Indonesia nih, dia bg le tau yg member dorang ckp USM bg penuh elaun utk setiap student, jd yg majikan bg elaun time praktikal dah tak kira lg, kira korang2 nih mmng murah rezeki la kan. ini cuma rumours ya - tp aku baru dapat tahu yg ada sorang member aku budak planner dapat around RM1000 lebih ajer ?? isk.. mcm2 la...

2. ada yg kata - student yg bg no AKAUN BANK ISLAM sahaja dapat duit awal, yg bg CIMB , MAYBANK , HONG LEONG BANK , BSN ker semua belum masuk lg. tp kalo korang nak tahu, aku bg akaun MAYBANK , tp still dorang masukkan jugak dlm BANK ISLAM aku (mana dorang tau no akaun Bank Islam aku - kira ini keje Bendahari la kot, sbb dorang la yg masukkan PTPTN kan? - ntah)) !! jd korang check la jugak BANK ISLAM korang yek.


ni takda kena mengena dgn entry nih, tp saja nak taruk gak, sambil korang baca benda nih kan - sudi2 la clik nih ---->> Yun Nam = Bloody Hell !!
roomate aku yg suh aku baca - korang pun tau aku hampir jd mangsa kampeni jahanam nih..


akan ada selalu update utk benda alah nih.. jd korang sudi2 la menjeguk yek..

apoi

Wednesday, April 1, 2009

Kalaulah aku yg menang

aku nak jadi macam ini orang

nanti bwk aku jalan sama2 ya..


apoi

SEMINAR BINA NEGARA MAHASISWA USM 2009



Tarikh : 4 April 2009
Hari : Sabtu
Pakaian : Formal
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra, USM.



Pengesahan kehadiran boleh dibuat bertempat di kaunter BHEPP dan di Foyer Dewan Kuliah 'G' bermula pada 31 Mac - 3 April 2009 atau telefon hot-line BHEPP 04-6533107

apoi

Tuesday, March 31, 2009

memula kata dapat elaun PREKTIKAL,pahtu dah bagi no akaun, pahtu Incik Dekan mintak jgn terlalu mengharap,ITU CERITA SEM LEPAS,skrg dah LAIN ok !!!!!!

halu tawan tawan...

ada korang beli Berita Kampus ini hari? aku x beli, tapi ngendeng dari member...

dan adakah korang baca berita terhangat edisi kali ini??

TAKDA ??!!?!

try belek page no 3... hehehe... ELAUN kan?

ini keratan penuh - aku rajin taip semula okeh.. no hal utk korang yg tak mampu beli Berita Kampus RM0.50..

Tajuk : ELAUN INDUSTRI UNTUK PELAJAR

Pelajar yang wajib menjalani latihan industri pada tahun 2008 akan memperolehi elaun sebanyak RM25.00 sehari.

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Lim Koon Ong, pihak universiti telah menerima peruntukan ini daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

"Kementerian memberi RM25.00 sehari untuk 30 hari dalam sebulan. Ini bermakna, pelajar akan mendapat RM750.00 sebulan.

"Sekiranya pihak organisasi tempat pelajar menjalani latihan industri telah memberi elaun kepada mereka, pihak universiti hanya akan menambah jumlah itu menjadi RM750.00," katanya.

Walau bagaimanapun, jika pihak organisasi memberi RM750.00 ke atas, pihak universiti TIDAK akan memberi elaun kepada pelajar tersebut.

"Elaun ini hanya akan diberikan kepada pelajar yang wajib menjalai latihan industri sahaja dan telah menjalani latihan amali di luar kampus USM," tambahnya lagi.

Terdapat 16 pusat pengajian yang mewajibkan latihan industri kepada pelajar iaitu Pusat Pengajian Kominikasi, Pusat Pengajian Seni, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial), Pusat Pengajian Sains Komputer, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Pusat Pengajian Pengurusan dan 8 lagi Pusat Pengajian di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan.

"Elaun ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun pelajar seperti yang telah dimaklumkan oleh Pusat Pengajian .

"Pembahagian elaun kepada pelajar masih dalam proses dan kami akan berusaha untuk mempercepatkannya," ujarnya lagi.

Pemberian elaun ini hanya untuk pelajar yang menjalani latihan industri pada tahun 2008 dan bagi pelajar yang menjalani latiahn industri pada tahun seterusnya masih belum diputuskan oleh pihak kementerian.

...............................................................................................


kita sama2 doa kira betul la berita nih okeh..

apoi

Saturday, March 28, 2009

assignment untuk KAMU

hi tawan tawan...

ok, sekarang u'll ada assignment tambahan dari Encik Arman.

ada 2 (dua) site yg perlu dikaji :

1. Hutan Rimba, Teluk Bahang

2. Pulau Jerejak


Task :
1. How to access
2. How to improvve to overall site
3. Apa yang OK dan apa yang TAK OK..
4. Settlement
5. Facilities
6.ask En Arman for further information though

Submittion date : 3rd March 2008
Note : Each group will presenting their report
Marks will be given by the lecturer : 15 marks (mayb la, not sure meh)


P/S : Tugas ini akan dilakukan oleh members of Management Studio yang tidak join our trip to TAMAN NEGARA last week. Ini adalah senarai nama mereka yang tidak ke TAMAN NEGARA :



1.Amy binti Rodzi
2.Annur Huda binti Ubaidillah
3.Chin Seik Fong
4.Eida Khairoon binti Mohd Sahandri Gani
5.Lee Ching Ping
6.Loh Cheng Lit
7.Loong Swee Siong
8.Mior Mohammad Zaim bin Zainal Abidin
9.Mohamad Izwan bin Tutur
10.Mohd Haffiz bin Abdul Hamid
11.Munirah binti Idrus
12.Noor Azita binti Johari
13.Noor Hasyikin binti Mohammad
14.Nurhidayah binti Mohd Radzi
15.Nurul ‘Ulyani binti Mohd Najib
16.Nurziati binti Mohd Yussof
17.Pung Leong Thiam
18.Rahmat Saumi Kurniawan
19.Shahrill Affiz bin Samsul Ali
20.Tan Choon Yee
21.Tan Kai Pyn
22.Tan Pei Yin


Apa yang perlu di lakukan : Bahagikan members 22 orang di atas ini kepada 2(dua) groups, dan setiap group pilih 1 task, iaitu :

1. Hutan Rimba, Teluk Bahang
2. Pulau Jerejak

For further info, kindly refer to En Arman. Tq

apoi

Thursday, March 26, 2009

mari membaca

1. Esok studio jam 10 pagi


2. Site valuation pada hari ISNIN


4. presentation taman negara mungkin pada study week.. mungkin ler...

3. jadi tlg hebahkan pada tawan tawan yang lain..

tenkiu


apoi

Tuesday, March 24, 2009

Tips ke-2 Kelas Finance + Construction Management

hi tawan tawan...

ok, seperti biasa, aku tipu korang lg - sebab mana ada tips...

sebab, aku nak bgtau yg hari ni


KELAS FINANCE DIBATALKAN - sebab CONVO kot

sekali lg, KELAS TAKDE yek
sekian, harap bgtau tawan tawan yg lain...

apoi

Tuesday, March 17, 2009

tips utk PAPER FINANCE & CONSTRUCTION MANAGEMENT

hi tawan tawan..
lama x nampak koghang..heh

tipu kamu semua, mana ada TIPS...

tepuk tepuk - sebab nak bgtau.........


ESOK TAKDE KELAS FINANCE


yay.. .. ....
buat ombak - great wave of exhilaration unknown in my head

apoi

Wednesday, February 11, 2009

YUN NAM HAIR CARE

hai tawan tawan...

okeh, ni ari ada satu amoi koling2 aku. sblm aku bercerita pasal amoi nih, mai kita flash back ke zaman 2008 dulu - sbb di sini le sumer nyer bermule..

dulu, rasanya dlm bulan 1 @ 2 tahun 2008 - kira setahun yg lalu, aku + sahrul + roy - hah, ni member2 aku okeh.. dorang folow aku ker perangin mall, komtar. memula kitorang nak g beli kasut - kalo x silap aku ler - pahtu mcm mana skali boleh le pulak tersesat masuk ke Yun Nam Hair Care.. isk.. waktu tu, rambut aku botak, saje je, baru lepas sem break...

pahtu, aku pun trus le g ke kaunter dia, bayangkan le kan, kat kaunter tuh, ada 7-8 org amoi2 cun yg memperagakan pelbagai jenis fesyen rambut - kalah amoi2 kat kl aku ckp ler. ada yg lurus, ada yg curly, ada yg pacak2... ni nak rawat rambut aku ker nak buat fesyen nih.. apa da..

oh maaf, aku bukan nak rawat pun, sbnrnya, kedatangan aku nih pun bersebab, ye la, bukan ke Yun Nam buat promotion free consultation dan dpt sekali rawatn percuma dan kit rambut berisi 3 botol ubat - apa ko nak.. bnyk tuh..




ini ler dia 3 botol yg aku ckp tuh.. dari kiri sekali tu namanya Herbalogy ginseng Shampoo, sebelahnya lak Jasmine Herbal Conditioner 2, dan yg paling kanan ialah Hair Nutritional Lotion.

selepas setahun aku dpt kit nih, baru 2 kali aje aku try - sebaby nye adalah kerna bau ubat nih adalah sgt BUSUK dan aku x suka nak try nya lg..

jadi di pendekkan cerita, akhirnya, amoi yg bg konsultasi tuh pun suh aku pilih pakej mana yg aku nak.. makaih, punya la satu pun aku tak dpt bayar.. mahal woo.. ok la, satu kali treatment dia kira 200-300 hengget.. bapak la aku nak bayar.. pahtu lak, bukan sekali aje kita kita buat treatment, kalo ikutnya, mau sampai 10 kali.. haha.. jd kira la berapa riban aku nak kuar duit.. ptptn utk satu sem tuh.. mati aku nak makan ape nanti..

jd selepas amoi tuh check rambut aku, dia pun suggest pd aku amek pakej bayar ansuran - ok la. aku melayan le apa dia ckp. time tuh aku sorang aje dgn dia, skali dia mcm paksa aku buat keputusan amek pekej yg mana. aku mcm serba salah la nak buat keputusan. skali, aku suh sahrul member aku masuk dlm bilik - dan kitorang siap sms lg suh dia berlakon jd abg ipar aku.. kira dia kawen ngan kakak aku le.. haha.. mmng kelakar la jdnya.. wei, ini cerita betul le, aku x tipu.. heh

sharul nih pandai gak bercakap, jd amoi tuh pun mcm ikut ajer ckp nya - kitorang kata nnti kitorang dtg balik sbb nak bincang dulu mcm mana. muka amoi tuh masam sbb nya aku x amek pun satu pakej yg dia bg. pulak tuh, bila aku nak kuar, dia suh aku bayar rm1000 dulu utk buat treatment. kira mcm deposit la. aku ckp, amoi ah, nnti la I dtg semula, then kita discuss le. tp dia suh gak aku bayar rm1000 tuh. ok, aku tanya, kalo aku bayar, pahtu nnti aku dtg semula, mana tau aku x jd nak buat treatment, apa jd dgn duwet rm1000 tuh, skali dia kata kami org akan bayar balik - tp melalui treatment. OHHH!!! pandainya ko nak amek duwet aku. haram nye amoi..

sebbek aku tetiba jd bijok lak time tuh. jd duwet aku selamat. ok la, aku nak gerak balik dah ni. tp amoi tuh suh tunggu, sbb nya, aku masih belum buat treatment yg percuma tuh. aku cuak, mana tau dia dah arrange 1 treatment spesel mau tarauk racun atas kepala aku.. haha.. curious nih.. skali lps berbincang, dia kata, mmng ikut promotion, customer akan dpt 1 free treatment, jd aku pun headed le kat belakang ofis dia, rupanya ada satu salon rambut - aiyo, mcm x percaya lak. mcm kamu pi satu dunia lain.. ok la, aku pun nebes gak nih nak try buat treatment.. lama gak aku tunggu mcm org bodo.. skali dtg la amoi yg bg consultation td dgn mangkuk berisi herba tuh.. ada la dia rub 2-3 kali atas kepala aku dgn syampu. then, buat rehat jap, pi basuh, next, apa lg dia taruk herba, pahtu stim... oh, best jugak..

lps tuh dlm 40-50 menet gak le aku melepak, bila dah settle, aku pun blah ler, gi kaunter amek kit 3 botol tuh dan sain apa yg patut. blah la aku dari tempat tuh, menyampah tgk muka amoi yg dah tak stim lg tuh.. awal2 je manis, skali bila aku dah x nak bayar, muka masam la pulak.. apa daa..

aku, sahrul, dan roy gi makan lps tuh... sian dorang kene tunggu lama.. korang mmng baik hati - mekaseh. dan kami maseh berkawan baik sehingga ke hari ini.. heh

panjang cerita nih... sbenarnya baru aje bermula - baca lagi..

setahun selepas tuh, kira nya ptg tadi dlm jam 5 kot, ada la sorang amoi nih koling2 aku.. nama nya Joyie (mungkin salah eja, tp bunyi masih ada) - org Yun Nam. dia tanya aku mcm mana dgn rambut aku... huh - aku mcm terkejut lak, tetiba org call tanya rambut aku.

skali aku dah bajet dia org Yun Nam. mmng btol ler..

pendekkan cerita, dia suh aku dtg buat treatment - ini antara perbualan aku dgn Miss Joyie..

trutttt.. truttt....

amoi Joyie : alo hah, this is Joyie
aku : hi
amoi Joyie : saiful there?
aku : ya,
amoi Joyie : ok, we r koling from Yun Nam Hair Care..
aku : oh, okok
amoi Joyie : hey, hows ur hair progress?
aku : huh.. (dlm hati dub dab dub dab)... oh, my hair hah? ok la.. y?
amoi Joyie : ok, we noticed le u dont come anymore to get ur further treatment. y ler?
aku : oh, (fikir mcm mana nak jwb nih)... ok, like this la, i cant afford ler.. too xpensive mah.. almost rm6000.. aiyo.. i mana ada duit ler.. apart from that u know wat, i dont like the woman that consulted me last time.. aiyo, she almost got my temperature on her..tried really hard pushed me to buy ur package.. dun like mah..
amoi Joyie : saiful, u dont worry, we hd lots of packages available for u.. not so xpensive liao..
aku : ye ker? i tot it would cost me a lot la.. i dont hv enuf money.. i know mah u olredi hd variety range of price, but the cheaper 1 still i consider as the xpensive one.. hey, i need to pay rm1000 okay..
amoi Joyie : erhmm... ok la, so when u nak dtg sini? let me do the another treament for u.. later we decide how it will turn up to what..
aku : ok, this week huh, i bz la.. next week mayb.. i try ler..
amoi Joyie : wat day 1 to come? n let me know, then i can arrange a new appointment with u..
aku : dun know ler.. like this niao, i'll contact u later k.. then i'll tell u when..
amoi Joyie : ok la.. so dun forget k..
aku : ok amoi.. heh

conversation nih dibuat atas dasar dua2 pihak mmng failed MUET mahupon IELTs.. jd jgn ada yg komen apa2 yok.. enjoy ajer.. hahahahaa


kesimpulannya - huh.. ko hengat aku nak dtg lg... jgn harap.. kalo ko koling aku, aku x mau jawab le.. heh.. kejam nih..

apoi

dedicated entry

ini dedicated entry, jd akan byk perkataan terima kaseh, tenkiu, dan adik beradiknya serta satu dua carut marut... heh

2 minggu start dari raya cina lg aku dah cuti... ditambah lak dgn mc yg aku ngengada amek - sakit wooo...

mekaseh kat aboh aku yg jaga aku time aku sakit yek. bwk aku g jumpa doktor. dia la yg paling risau. mama aku yg jaga aku d rumah - urut aku, tuam air batu - sejuk woo, masak utk aku.. mekaseh ya ma.. kakak aku pun sama, adik ckp tenkui nih.. nandema... kalo dia cuti, dia la yg masak utk aku.. sedap2.. makan satu hal. sakit perut satu hal.. haha.. itu rahsia..

mekaseh pd kengkwn yg bertanya khabar, aku sehat aja. tenkiu ya kawan2... mekaseh juga pd yg sentiasa update pada aku hal2 kat skul dan sbg nya.. korang mmng kwn2 yg best ar..

lepak aje d rumah kejenya sambil makan dan tido..

baru aje sampai usm pagi semalam, haram, aku terkejar2 naik flight kul 7.30pg - awal gler dr kl ke png, skali sampai dah masuk png, dpt lak mssg(s) dr kengkawan kata kelas xder. aiyo, xper ler, leh rehat kang..

time aku tulih ni baru aje abis kelas finance - oh, ari nih Sr Dr. Ilias ngajo - gler baik dia ari nih, mood punya la lembut dan x garang, haha.. aku lak cuak.. ingat dulu last dia ngajo, time kelas projek mngmnt, bukan main garang le lg, sampai bebudak yg masuk lambat kene duk depan atas lantai jd batu.. apa da.. tp ari nih, dia lain, ntah, mcm baru dpt projek baru.. haha...

mcm bnyk aku nak tulih, tp ntah, mcm penat ler... skrg ni lak kat sini mcm cuaca PANAS.. aku dgr cerita dah 3 minggu x hujan kat sini.. cuma tgh hari td tetiba hujan panas, itu pun dlm 10-20 menet.. pahtu panas balik.. sweating hard ler..

ok ler kengkawan, aku gerak dulu, later on aku update lg.. salam dari iols pd uols... hehe


apoi

Tuesday, February 10, 2009

salam lama x jumpa


lama rasanya tak menulis blog.. rasanya dah setengah bulan x layan blog.. kalo ada pun, sepintas lalu aje..


ok, esok le start conteng menconteng neh..


sblm itu, mari kita minum dulu - sedap kopi nih, jauh aku dapat ni.. sila2 jemput, tambah lg..



Thursday, January 22, 2009

esok studio teras aku menjadi OPTION

entry ni ber title esok studio teras aku menjadi OPTION , sbb nyer dah ramai kengkwn yg balik kg sbb cuti raya cina.. raanya esok x ramai yg dtg studio.. jd sbb tu ler lecturer kami kata esoknya studio adalah option.. nak dtg boleh, x nak dtg x per.. boleh le pulak mcm gitu.. apa daa.. kengkwn yg x balik, meh le kita dtg studio.. berkorban sekejap aje kot.. sila2..



pic kat atas nih pic org2 kampung sembelih seekor lembu.. dalam bahasa lainnya, berkorban.. hah, boleh lak aku taruk pic tu..

Monday, January 19, 2009

ok, dah submit


akhirnye siap juga report sehelai keping aje ye pasal geologi seberang prai aku - sehelai tp mcm2 aku nak taruk.. smlm lg dah siap, cuma pagi td sambung dan oter2 sana sini - gitu la aku eja ''oter'' selama ini..

tunggu member - sara budak kg aku, org kuala yob.. kata nak tgk aku punya sat, xpe la, janji jam 9pg, mcm biasa, 10 kot.. ahh, aku nohal, asal dtg udah bagus..
''sama2'' buat.. haha..
ni le dia budak nya - cun tp dah ada komitmen ..


sblh nya tuh dak cina - member aku dulu2 kaple ngan dia.. pahtu senyap.. cinta x mengenal bangsa yok..

hah.. try fokus btol2 pic kat atas tuh.. korang nampak paling tgh dan paling belakang skali.. tu le dia cikgu arab studio aku.. apa ntah dia nulis tuh.. kitorang asik ngumpat je kat belakang.. hekhek..

akhirnya aku submit juga la report aku - walau lecturer suh buat sehelai, tp adakah kita budak pandai di universiti apex buat sehelai juga.. jd buat la leklok yek x, ada cover, ada contents, ada indexes, ada lampiran, ada references.. ingat dulu time 1st year, lecturer sorang nih bgtau, walaupun awak x rujuk memana time buat report nih, at tibai la satu 2 rujukan.. kiranya kita hemtam la kan, mungkin benda nih wajib ada dlm report kita.. jd aku pun buat le kan.. hemtam juga la.. g mampos kalo xde kena mengena..

oh, hari ni kwn2 aku g Gua Tempurung.. selamat berjalan ya kwn2.. aku x gi sbb mcm biasa, aku x gemar masuk gua, lg2 aku rasa seperti keselamatan aku sentiasa terancam bila duk dlm tuh.. bahaya woo... takot nye..



ini le gua tempurung yg aku ckp td.. dr luar pun dah seram kan kwn2.. mcm mulut raksasa.. gulllpppp..

tidak kah aksi ini sungguh berbahaya - meluncur dari atas dan akan disambut oleh seorang dua lelaki.. jatuh tergoleh leh mati wooo...

korang yg g hari ni jagalah keselamatan yek, dan lg satu pesan nya, tujuan korang gi utk amek sample tanah kan, jd jg lupa tujuan asal nya..

skrg dah jam 2 ptg - tepat.

lapo pula.. mana kwn2 aku nih, moh le kita g cafe makan.. jom yok..

aku hebat

masih dlm mood Israel Laknat - nak juga tahu samada Aerel Sharoon dah mampos ke blom? aku dgr dia masih koma - x abis2 lg kedia koma? tido aje, padan muka.. lantak la salah eja nama beliau..

aku forward kan meset dari roomate aku nih pd kwn2 yg lain - odd menulis ''Assalamu'alaikum, Please don't break or putuskan mail ni...keep on fowarding to ur friend insyallah, Allah aminkan doa kita 9:07 PM 1/16 Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot dipetik sebagai berkata: "Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM." Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia''..

trus kan boikot brangan mereka - bnyk barangan local yg best juga.. kita ada laksa, sirap, ramly, dan mcm2 lg, dan kenapa kita nak makan spegiti kuah dlm tin PREEGO tuh, nape nak minum F&N Straberi dia, nape nak makan burger king..

dan ya, aku suka makan mee kari mak dan kakak aku masok.. lg sedap dr bolognese pizza hat..

entry ni tajuk nya aku hebat - sbb sambil buat keje site invest aku masih mampu conteng2 kat blog nih.. ni dlm mood Hinde - Homecoming Queen.. dan tetiba masuk lagu air terjun Jason Mraz..

ya, aku mmng hebat..

oh.. Pak Arab muka bayi ajar Studio aku..

ya kwn2.. hari ni dah masuk sesi yg ke-3 Pak Arabbudak PhD ajo studio aku. nama beliau Incik Hassan. Orgnya mmng x best, skema dan tak bertempat nak berdisiplin. kamon ler, kami dah beso panjang, x perlu ler nak tegas2 sgt.. sampai nak gi toilet pun nak kasitau ker.. ok lah, mmng perlu kasitau, tp satu kes lak, bila dah kasitau, dia x nak kasi kuar, suh tunggu sekgi.

pahtu kan, x abis2 promote negara dia, x abis2 puji negara dia, x abis2 angkat bakul student2 negara dia, dan x abis2 men x abis2 nye lagi dan lagi..

ada saja benda nak ngajo, penat ler, aku bosan lak, tetiba jd mcm ni.. eh, aku x marah cara dia ngajo, tp cuma aku lebih suka lecturer yg sedia ada ngajo.. tp hormat ttp hormat ler.. nama pun juru ngajo, cikgu kita tuh.. kena hormat ler..

tp kadang2 kesian sbb tgk dia cam x der kwn dlm studio.. hekhek.. lg2 time nak start studio, dia mesti dan dan buat keje apa ntah.. nulis atas kertas... pahtu time abis blajo, dia mcm x tau nak gi mana.. aku ngan kengkawan kutuk2 dia kat belakang.. sian pun ada, tp nak buat mcm mana.. x kan nak berpeluk cium mcm student negara dia time nak berpisah.. isk, bahaya..

tp dulu kan, lecturer aku ada bgtau aku - ni lecturer lain, dia kata kan kwn2, org arab nih mmng x best sbb dorang nih sombong dan byk lg yg lecturer aku ckp.. mmng skeptikal sungguh org tua nih pd org arab.. aku angguk2 ajer bila dia sembang dpn aku sbb aku orgnya kurang berckp bila org lain berckp - kan ker elok camtu, dengo aje yek..

ptg lak lab primavera p6 aku - sorang lg cikgu arab yg ajo. ohh, dia pun babyface juga, hakhak.. aku duk blkng, jd apa yg ad ad skrin mmng x nampok ler. sakit mat aku juling2 jenguk apa ler yg ada kat depan tuh, nampak skit2 ajer, yg lain aku xtau.. bila cikgu akau lalu sblh, aku trus acting tgh menaip - wooo.. sakit tuh mata, sampai sakit2 kapla nih..

kuar sat jenjalan, skali nampak add kat dinding - wah, ada gaming comp d HBP!! hebat nih - PES , Counter Strike, dan FIFA kot.. tp ingat ada 3 ajer.. skali dah terlepas la pulak, 17hb ngan 18hb.. adoii, mcm mana aku leh x tau nih.. apa da.. syg sungguh..

archi week? kewl ker? ntah, mcm segan hidup, mati x mahu ajer.. lantak la korang.. ajak budak sekolah teknik? mcm plan aku aje.. wei, asal korang buat yg talk pasal architecture tuh minggu ni kan, tp x invite bebudak QS? aku tgk budak2 lain sumer ada.. korang gado ngan QS yek? sejarah lama.. pruttt... ahh lega...

esok nak anto assignment site invest, wooo... x siap lg - jujur.. aku buat ngan bebudak nih - insyaAllah siap kot.. sehelai ajer kan.. hahak..


oh, nak ucap gak, tahniah pd pok2 klate aku nih, dpt 2nd place sukad USM - tahniah2.. walau kalah 4-1 dgn murni..

dari td aku tulih benda alah ni, aku asik dgr lagu Malique + M.Nasir - Mantera Beradu. sedap woo...

x adil

td siang baca Kosmo! , ada d bgtau yg mangsa korban rakyat Palestin adalah 1300 dan separuh darinya adalah kanak2, pahtu mangsa korban rakyat Israel sial lak cuma 13 0rg.. kimak sungguh.. 1:100.. lebih kurang mcm tuh arr..

skali lg, mmng x adil..

Sunday, January 18, 2009

al-Fatihah utk saudara kita di Palestin

"Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: " Tidak mungkin terjadi hari kiamat, sehinggalah org MUSLIM memerangi org Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sehinggakan Yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Namun batu atau pohon tersebut berkata, "Wahai org muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah mereka ini. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi." (Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, January 14, 2009

akhirnya - update utk Grafiti

hah, best nyer bila boleh gak aku upload pic2 aku ke blog nih.. mingkin rasanya pic sebelum nih besar sgt saiz nya - 3056 x 2292... mau nyer x dpt upload.. jd aku pun tukar ler saiz nyer kpd yg lebih kecik..


meh sama2 enjoy ya..



ni pasal Karnival Rakan Muda - Grafiti



baru nak start carik idea nak lukih apa daa..






grup lain dah start sketching.. siap ada yg trus spray nih - mmng pro abg pakai baju puteh nih...







grup aku maseh trus mencari idea..oit, kitorang x tau nak lukih apa.. idea dah ada, tp nak pilih yg mana tuh payah sungguh ler..




abg pakai baju puteh nih pro ler, nama beliau ialah Encik Riduan - hentam je la eja asala bunyi ada. Dia nih biasa buat keje guna air-brusher - sbb tuh dia konfident trus spray, x mcm kami yg nak sketch 1st.




gempak kan Abg nih, dia nih org Balik Pulau, dtg jauh2 nak join event nih. Pro tuh, gerun nyer..


ni pulak grup len - kombinasi 2 budak Management - attire dtg nak sini mmng gempak - ada skit hip-hop ngan baggie man nyer bottom.



brader pakai cap tuh cam hebat je buat grafiti nih, skali lg aku gerun ngan compettitors yg ada.. rambut dia mmng cool wa ckp.. hehe..



ni lak grup dak pompuan, aku rasa dorang nih main cilok idea ada satu booth kat karnival nih, trus tulih kat papan lapis yg nak kene spray tuh - Unite to Save Palestin -


kalo tgk betul2, dorang bertiga nih langsung x sedar gamabr dorang kene amek... aku rasa dorang bajet xtau nak lukih apa dah kan, jd lepak sat sambil anyam ketupat berguni2..

oh mak ngko... hah, baru sedar pic kene amek... yes girl, u on cam now ni, n i nak bgtau yg u just got Punk'd.. hehe

skrg grup aku dah start sketch semua dan start spray skit2... rasanya semua start buat jam 10 pg, tp kami start rasanya jam 11.30 nak sketch semua... isk, mmng badi HBP suka buat kerja last menet nih..




kitorang dah risau nih, sbb dah lambat ler.. grup lain dah mcm bnyk dorang srray, grup aku baru ler nak masuk kaler basic nya.. isk, risau nih..


tetiba, Profesor Tan Sri Dato' Dzulkifli Abd RazakNaib Canselor USM dtg nak tgk kitorang nyer keje.. isk, sebok jer..


memula dia tgk grup2 lain punya dulu -






gruo budak pompuan yg menganyam ketupat td pn kelam kabut sambung keje.. dan2 jer dorang nak spray.. haha..






grup dak pompuan punya idea cun gak.. cuma awal jer cun, kendia bila dorang otter sana sini, jd cam x best dah...



grup kami kan, Naib Chanselor x nak tgk,sbb kalo korang perasan, kami punya papan duk kat belaha atas bukit kat belakang, try fokus betul2.. mesti nampak..


jd skrg nih dah jam 1 ptg kot... grup2 lain, wow - mmng nak siap dah... grup aku jgn tanya.. kami slow but steady..





brader Riduan nih lak ramai peminat - aku rasa dia bwk org luar ler.. mcm ada penonton lak..






grup dak pompuan pun dah semakin maju.. sama gak grup aku...





sesi penjurian bermula ler.. Encik nih org Rakan Muda - namanya Daniel, isk, aku x leh blah ngan nama Daniel nih.. ntah, tp Daniel mcm sungguh kaya raya namanya... dlm filem mesti nama Daniel la yg baik, hero, dan dia la org kaya...



dan bermula sesi aku mengelentong En Daniel ini.. dai mcm percay jer apa yg aku ckp pasal grafiti grup kami..



aku terus menerus belasah apa je yg ada dlm otak utk mengutip markah maksima dari Encik Daniel... dan dia seperti x percaya yg kami mampu meng Grafiti kan seperti yg korang nampak tuh.. fuhh..





sesi kelentong En Daniel tamat apabila dia mula menulis markah grup kami... bestnyer sbb dah selesai semuanya..

jd ini la semua grup nya grafiti wall dorang..


Grup 1


Grup 2



Grup 3




Grup 4






Sesi Amek hadiah masing2


Tempat ke-4






Ke-3








Grup 2 - takda lak pic dorang - jd main taruk je ler




Grup 1st



Kami ler Juara Grafiti.. hehe.. 1st timer nih, x pernah pun buat grafiti, jd mmng rasa hebat.. mekaseh pd semua yg terlibat dan sesungguhnya azabnye la meng upload pic nih - dgn line yg terputus2..

selamat utk semua

iklan free

pada murid2 yg ambil Construction Law RMK 354 esok kelas di DK T jam 11 pagi .
bukan di Studio Pengurusan 300.

memandangkan esok adalah hari Pilihanraya USM, jam 8-11 pagi adalah utk waktu mengundi, jd jam 11 sempat lg ke kelas.. hehek..

En Zul takde lak kata kelas cancel, jd kita bajet kelas ada ler.. kalo xder, balik ler..

Tuesday, January 13, 2009

hari yg naik turun

1. aku try update pic2 grafiti dan HP baru, tp oleh kerana line agak *#%@ jd aku menangguhkan hasrat itu buat seketika.. tp aku dah try bnyk kali.. maaf..

2. hari ini hari selasa, aku ada EXAM aka survey kot.. USM buat satu servey utk setiap budak final year,di ketiga-tiga kampus pada tarikh dan masa ... Kajian rintis [MUnsyl] bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesesuaian pelajar2 baru kot yg nak masuk nanti.. 330 soalan jawab mcm soalan survey biasa kita semua pernah buat.. cth soalan mcm ni la lebih kurang -

Soalan 18. Anda dikatakan seorang yang baik hati

Dia bg bnyk pilihan jwpn:
1: Setuju sgt
2: Setuju
3: Tak pasti
4: Tak berapa setuju
5: Sgt2 lah tak setuju


Soalan 88. Adakah anda boleh membaiki laptop yg rosak

Pilihan Jawapan:
1: Ya
2: Tidak

Terkejut gak ada 330 soalan, tp ramai yg siap awal - jawab spontan la katakan. Lebih masa lak..

.....................................................................................

Cerita lain lak - AKU HILANG KAD METRIK -

Jam 3 ptg ke Sendut 1 dgn Odd dan Sara - nak ambik peta geologi ... baru nak cari..
Pendekkan cerita, time nak pinjam peta, baru perasan kad metrik dah hilang.

Jam 4 - trus g Jbtn Keselamatan - report ler.
Called org Bank Islam - suh block no akaun, mana tau ada org dajal lak.. Duit tuh wooo...

Kena tunggu 2-3 hari, kot2 ada yg jumpa, boleh aku amek kat Jbtn Keselamatan - harap2 ada la kan.. ameennn..

.....................................................................................

Esok ( ari ni le kan - dah jam 12.30pg nih)

Ada lab Site Invest pahtu ptg ada Finance lak.. adushh... full day la lg...

Sunday, January 11, 2009

grafiti wall / papan lapis

sabtu lepas (consider lepas sbb ari nih dah isnin) aku join karnival rakan muda USM - grafiti wall aka papan lapis.
dgn bangganya aku dpt tempat 1st.. haha.. 1st ever try ler.. mana tau dpt johan.. member2 bgtau aku juara USM.. hakhak..
so hadiahnya - RM300 + hamper + sijil + makan tgh hari free = 1st place..
berbaloi juga pelaburan aku utk yuran dan tolak kos bel spray dan lain2 benda = Rm25
jd aku untung ujung minngu nih RM75 - sbb dah bahagi 3 org dlm team kami.
kat sini nak ucap juga congrats pd team Explorace bruts (irah) , rai , ila, ngan fiza yg dpt tempat ke-9.. ok la kan.. paling best korang hepi.. sampai kena goreng ikan ngan makan roti + sardin + ikan masin + apa ntah lg yg dah di blended - kene minum. hakhak.. ila muntah..
lps dpt duit Rm75, aku headed to BJ aka Bukit Jambul Complex - nak usha Hp.. ok la, beli satu utk aku, dan satu lg utk my sis.. sini murah compared to KL.
esok kot aku update pic2 kemenangan aku dan juga Hp baru aku..

Saturday, January 10, 2009

sa-kapur sireh

salam.. bangganya dah ada 1 blog sendirik. skrg I boleh menulis semua benda di sini.. nanti update lg, masih terlalu hijau d sini.. perlukan masa utk gather2 di sini.. jumpa d next entry, salam.